Saturday, June 19, 2010

Kepada Sahabat-sahabt PMUI

      Alhamdulillah, berakhirnya imtihan semester ke-2, bagi pelajar-pelajar tahun 1 Kuliyyah Ulum Islamiyyah. Ia juga merupakan tamatnya sesi perkuliahan bagi tahun yang pertama. Mungkin ia memberi kelegaan  sementara buat kami. Hakikatnya imtihan yang sebenar yang lebih besar dan berat menanti kami semua pada masa hadapan yang tiada siapa pun mengetahui penghujungnya, melainkan Allah s.w.t. Tetapi kita merancang, hanya Allah yang menentukan.

           Secara umum, imtihan yang bermula pada penghujung Mei lepas tidak sukar sebagaimana ana jangka. Hampir kesemua madah seperti doktor2 memberi jalan mudah bagi kami. Mungkinkah ianya satu rahmat? InsyaAllah. Tetapi jika direnung kembali ujian hidup yang sebenar tidak semudah seperti didewan imtihan. Begitu banyak dugaan dan rintangan yang tidak menjamin pelajar MUMTAZ imtihan akan mengalami mumtaz di hidup sebenar. Iblis bersama konco-konconya tidak pernah lupa utk melaksanakan tugas terkutuk mereka sebagaimana yang diikrar iblis dihadapan Allah. Ditambah pula dengan 'nafsu amarah' yang sentiasa mendorong manusia ke kancah kebinasaan. Hanya mereka yang mantap imannya sahaja yang mampu menepis segala bisikan dan pujuk rayu jahat tersebut.

             Kadang-kadang diri ini terasa terpedaya dengan syahadah2 imtihan walau cemerlang mana tahap pencapaian yang dicapai. Kegembiraan cemerlang imtihan hanya sementara jika dibandingkan dengan cemerlang hidup@cemerlang hakiki dunia akhirat. Seharusnya diri yang lemah ini perlu memulakan muhasabah secepat mungkin bagi mencapai cemerlang hakiki. Walau sebesar mana kesalahan diri ini, tetapi tidak wajar dijadikan alasan untuk berputus asa daripada rahmat Allah. Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan untuk menggapai kejayaan @ cemerlang hakiki insyaAllah cemerlang imtihan akan menyusul sama.

           Diri ini juga memerlukan tunjuk ajar, dan nasihat daripada sahabat2 perjuangan(tahun1&tamhidi) dari masa ke semasa. Itu yang ana lebih dahagakan kerana ia merupakan penyelamat dan tugas sahabat yang paling besar nilainya dibanding perkara2 lain. Tegurlah diri ini andai tersalah tingkahlaku. Manusia terkadang tidak mampu menilai dirinya sebaik mungkin. Diri ini juga memohon ampun dan maaf sepanjang pelayaran bersama di Bumi Mesir ini selama hari pertama kita bersahabat dan bersua hingga ke saat ini. Begitu banyak madu dan hempedu dalam jangkamasa tersebut yang jelas tercatit tanpa cicir di ilmu Allah. Diri ini tidak sanggup tergolong dikalangan mereka yang dikatakan muflis hakiki diakhirat kelak. Apakah daya untuk menggadaikan pahala yang tidak seberapa dan juga terpaksa pula memikul dosa manusia yang menjadi mangsa 'kezaliman' diri ini. Ana datangkan dengan kisah dimana seorang sahabat nabi s.a.w sentiasa memaafkan kesalahan semua orang sebelum beliau lena. Lihat, betapa besarnya amalan memaafkan sesama insan.

Tidak lupa ana ingin ucapkan selamat kembali dan pulang kepada sahabat2 perjuangan tahun 1. Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Kepada pelajar tamhidi, jikalau ditakdirkan Allah antum ada kelas musim panas,maka tabahkan diri untuk hadir. Sekadar nasihat, bukan arahan.

Selamat Hari Keluarga kepada semua ahli PMUI......

Wassalam.

           

    

No comments:

Post a Comment