Sunday, June 13, 2010

مهمة الأزهريين في إعلاء مكانة اللغة العربية

بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين, سيدنا وحبيبنا محمد- صلى الله عليه وسلم- وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين, ثم أما بعد

   Sesungguhnya sebagaimana yang kita sedia maklum, Bahasa Arab merupakan bahasa yang mana Al-Quran diturunkan dengannya. Ianya juga merupakan bahasa yang ditutur oleh makhluk terbaik dan termulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dengannya juga, agama ISLAM berkembang sehingga ke seluruh pelusuk dunia membuatkan orang yang ingin memeluk ISLAM perlu belajar bahasa tersebut. Jika dilihat daripada sudut kelebihan bahasa Arab, tiada satu bahasa didunia ini pun yang mampu mengatasi kelebihannya dan hubungkaitnya yang rapat dengan ISLAM. 


  Saya disini ingin mengajak sahabat-sahabat seislam, marilah kita renung dan fikir akan tanggungjawab kita dalam memartabatkan bahasa Arab. Tidak cukup sekadar belajar qawaid2 nahu dan sorf tanpa dipraktikkan. Adakah kita sebagai Azhari sedar bahawa tahap penggunaan BA dikalangan kita masih amat mendukacitakan? BM masih lagi menjadi bahasa pengantar kita kebanyakannya. Tidak timbul persoalan bahawa kita tidak mampu. Kita mampu sebenarnya. Masalah utama adalah tiadanya kesedaran dan ihtimam secara jemaah untuk merealisasikan perkara ini.


 Adakah kita sedar bahawa musuh-musuh ISLAM memandang berat akan hubungkait BA dengan ISLAM itu sendiri. Kita dapat melihat betapa banyaknya dakyah dan propaganda mereka untuk menghapuskan BA daripada dada-dada umat ISLAM. Mereka menyedari akan ikatan yg kuat antara ISLAM dan BA. Antara usaha terancang mereka adalah dengan menyebarkan penggunaan bahasa inggeris di negara-negara umat ISLAM. Banyaknya institusi pengajian sama ada di peringkat pra-sekolah hingga ke tinggi. Selain itu, kita melihat betapa BA ini sedang dinodai oleh kerosakan dan kebobrokan lahjah ammiah yg berbeza-beza mengikut negara. Kanak-kanak muslim sejak kecil ditanam dengan doktrin ammiah dan bahasa asing. Mereka menganggap satu ketamadunan apabila bertutur dengan bahasa asing@barat. 


  Bukan bermaksud kita langsung tidak boleh belajar bahasa asing, tetapi kita perlu meletakkan bahasa arab itu sebagai the top one. Perkara ini, kita selaku azhari harus ambil cakna. Tidakkah kita mengimpikan akan tertegakkanya bahasa Arab melalui lidah-lidah bangsa bukan Arab. Adakah kita lupa siapakah itu  ulama2 bahasa yg terkenal? Bukan kesemua mereka berbangsa Arab.


 Saya sekali lagi menyeru agar kita sama-sama berganding bahu bertutur bahasa Arab sesama kita azhari. Kemudian apabila kita pulang ke Malaysia, kita semai bahasa tersebut dikalangan keluarga terdekat kita.kemudian kita yang bakal bergelar ibubapa harus menjadikan BA antara bahasa utama selain bahasa Melayu itu sendiri. Mari sama-sama kita meramaikan generasi berbahasa Arab.Gunalah peluang yang ada di Bumi Anbiya' ini untuk memperkasakan bahasa Arab. Disini banyak wasilah yang kita ada dan mudah utk didapati berbanding apabila kita telah pulang nanti ke Malaysia. Jadilah pemula kearah memartabatakan bahasa Arab dikalangan umat ISLAM.


               
        اليد الواحدة لا تصفق 
والسلام......ي
                       

No comments:

Post a Comment