Saturday, June 19, 2010

Kepada Sahabat-sahabt PMUI

      Alhamdulillah, berakhirnya imtihan semester ke-2, bagi pelajar-pelajar tahun 1 Kuliyyah Ulum Islamiyyah. Ia juga merupakan tamatnya sesi perkuliahan bagi tahun yang pertama. Mungkin ia memberi kelegaan  sementara buat kami. Hakikatnya imtihan yang sebenar yang lebih besar dan berat menanti kami semua pada masa hadapan yang tiada siapa pun mengetahui penghujungnya, melainkan Allah s.w.t. Tetapi kita merancang, hanya Allah yang menentukan.

           Secara umum, imtihan yang bermula pada penghujung Mei lepas tidak sukar sebagaimana ana jangka. Hampir kesemua madah seperti doktor2 memberi jalan mudah bagi kami. Mungkinkah ianya satu rahmat? InsyaAllah. Tetapi jika direnung kembali ujian hidup yang sebenar tidak semudah seperti didewan imtihan. Begitu banyak dugaan dan rintangan yang tidak menjamin pelajar MUMTAZ imtihan akan mengalami mumtaz di hidup sebenar. Iblis bersama konco-konconya tidak pernah lupa utk melaksanakan tugas terkutuk mereka sebagaimana yang diikrar iblis dihadapan Allah. Ditambah pula dengan 'nafsu amarah' yang sentiasa mendorong manusia ke kancah kebinasaan. Hanya mereka yang mantap imannya sahaja yang mampu menepis segala bisikan dan pujuk rayu jahat tersebut.

             Kadang-kadang diri ini terasa terpedaya dengan syahadah2 imtihan walau cemerlang mana tahap pencapaian yang dicapai. Kegembiraan cemerlang imtihan hanya sementara jika dibandingkan dengan cemerlang hidup@cemerlang hakiki dunia akhirat. Seharusnya diri yang lemah ini perlu memulakan muhasabah secepat mungkin bagi mencapai cemerlang hakiki. Walau sebesar mana kesalahan diri ini, tetapi tidak wajar dijadikan alasan untuk berputus asa daripada rahmat Allah. Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan untuk menggapai kejayaan @ cemerlang hakiki insyaAllah cemerlang imtihan akan menyusul sama.

           Diri ini juga memerlukan tunjuk ajar, dan nasihat daripada sahabat2 perjuangan(tahun1&tamhidi) dari masa ke semasa. Itu yang ana lebih dahagakan kerana ia merupakan penyelamat dan tugas sahabat yang paling besar nilainya dibanding perkara2 lain. Tegurlah diri ini andai tersalah tingkahlaku. Manusia terkadang tidak mampu menilai dirinya sebaik mungkin. Diri ini juga memohon ampun dan maaf sepanjang pelayaran bersama di Bumi Mesir ini selama hari pertama kita bersahabat dan bersua hingga ke saat ini. Begitu banyak madu dan hempedu dalam jangkamasa tersebut yang jelas tercatit tanpa cicir di ilmu Allah. Diri ini tidak sanggup tergolong dikalangan mereka yang dikatakan muflis hakiki diakhirat kelak. Apakah daya untuk menggadaikan pahala yang tidak seberapa dan juga terpaksa pula memikul dosa manusia yang menjadi mangsa 'kezaliman' diri ini. Ana datangkan dengan kisah dimana seorang sahabat nabi s.a.w sentiasa memaafkan kesalahan semua orang sebelum beliau lena. Lihat, betapa besarnya amalan memaafkan sesama insan.

Tidak lupa ana ingin ucapkan selamat kembali dan pulang kepada sahabat2 perjuangan tahun 1. Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Kepada pelajar tamhidi, jikalau ditakdirkan Allah antum ada kelas musim panas,maka tabahkan diri untuk hadir. Sekadar nasihat, bukan arahan.

Selamat Hari Keluarga kepada semua ahli PMUI......

Wassalam.

           

    

Tuesday, June 15, 2010

فضائل شهر رجب

Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?

Bulan 

Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan 

Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan 

Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat 

sunat khususnya ibadat 

puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan 

Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi ‘cut & paste’ dari fadilat-fadilat 

Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad’il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat 

sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya’ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benihSya’ban bulan menyiram tanamanRamadan bulan menuaiRejab menyuci badannyaSya’ban menyucikan hatiRamadan menyucikan rohnyaRejab bulan marghfirahSya’ban bulan syafaatRamadan bulan menggandakan kebajikanRejab bulan taubatSya’ban bulan muhibbahRamadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknyaRejab digandakan 70 pahalaSya’ban diganda 700 pahalaRamadan diganda 1000 pahalaMungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama’-ulama’ muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan HaramBulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan “diantaranya empat bulan yg di hormati” ialah:

“Empat bulan Haram – Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab“[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan 

Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat 

puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan 

puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan 

Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama’ mengenai kesahihan fadilat 

Rejab.



1] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat 

Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:

“tidaklah ada kesahihan didalam bulan 

Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu 

Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa 

Rejab khusus mengatakan 

Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas 

Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:

“Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat 

Rejab – “

Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat 

Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan….”

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :

“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong.”

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :

“Ulama’ telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…sesungguhnya telah datang hadis :”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..”(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”



2. Ibnu Hajar Al-Asqalani (Pengarang Kitab Syarah Sahih Bukhari (Fathul Bari)

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat di dalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat 

Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

“Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa 

Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu di dalam hadis

Nabi saw bersabda :”Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”.Riwayat Muslim.

Jika mempercayai puasanya atau 

puasa ini lebih baik dari 

puasa lainya yg didalamnya terkandung 

puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan 

Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan 

puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia 

sunat sebagai 

sunat yg kekal.

3. Kerana 

puasa ini mempunyai fadilat khas dan 

puasa-

puasa yg lainnya

kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : “

Puasa adalah amalan kebajikan”., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam 

Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”



3] Dr. Sayid SaabiqMenurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq di dalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :“

Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan 

Rejab sahaja untuk berpuasa 

sunat adalah makruh[6].

Hadis-hadis fadilat 

Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat 

Rejab:[7]

∙ Barangsiapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

∙ Barangsiapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul (tidak dikenali)

∙ Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.

*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.

*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

∙ Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.

*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

∙ Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)

*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.



∙ Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu’.



Bagaimana beramal didalam bulan ini?

❖ Shiekh Mahmud Al-Sya’rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain”Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya”


diambil daripada Laman Facebook Dr. Lolo, Ahli Parlimen Titiwangsa.
www.facebook.com/notes/drlolo-ghazali/fadhilat-rejab-syaaban-dan-ramadhan/399197634481

Sunday, June 13, 2010

مهمة الأزهريين في إعلاء مكانة اللغة العربية

بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله رب العالمين, والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين, سيدنا وحبيبنا محمد- صلى الله عليه وسلم- وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين, ثم أما بعد

   Sesungguhnya sebagaimana yang kita sedia maklum, Bahasa Arab merupakan bahasa yang mana Al-Quran diturunkan dengannya. Ianya juga merupakan bahasa yang ditutur oleh makhluk terbaik dan termulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dengannya juga, agama ISLAM berkembang sehingga ke seluruh pelusuk dunia membuatkan orang yang ingin memeluk ISLAM perlu belajar bahasa tersebut. Jika dilihat daripada sudut kelebihan bahasa Arab, tiada satu bahasa didunia ini pun yang mampu mengatasi kelebihannya dan hubungkaitnya yang rapat dengan ISLAM. 


  Saya disini ingin mengajak sahabat-sahabat seislam, marilah kita renung dan fikir akan tanggungjawab kita dalam memartabatkan bahasa Arab. Tidak cukup sekadar belajar qawaid2 nahu dan sorf tanpa dipraktikkan. Adakah kita sebagai Azhari sedar bahawa tahap penggunaan BA dikalangan kita masih amat mendukacitakan? BM masih lagi menjadi bahasa pengantar kita kebanyakannya. Tidak timbul persoalan bahawa kita tidak mampu. Kita mampu sebenarnya. Masalah utama adalah tiadanya kesedaran dan ihtimam secara jemaah untuk merealisasikan perkara ini.


 Adakah kita sedar bahawa musuh-musuh ISLAM memandang berat akan hubungkait BA dengan ISLAM itu sendiri. Kita dapat melihat betapa banyaknya dakyah dan propaganda mereka untuk menghapuskan BA daripada dada-dada umat ISLAM. Mereka menyedari akan ikatan yg kuat antara ISLAM dan BA. Antara usaha terancang mereka adalah dengan menyebarkan penggunaan bahasa inggeris di negara-negara umat ISLAM. Banyaknya institusi pengajian sama ada di peringkat pra-sekolah hingga ke tinggi. Selain itu, kita melihat betapa BA ini sedang dinodai oleh kerosakan dan kebobrokan lahjah ammiah yg berbeza-beza mengikut negara. Kanak-kanak muslim sejak kecil ditanam dengan doktrin ammiah dan bahasa asing. Mereka menganggap satu ketamadunan apabila bertutur dengan bahasa asing@barat. 


  Bukan bermaksud kita langsung tidak boleh belajar bahasa asing, tetapi kita perlu meletakkan bahasa arab itu sebagai the top one. Perkara ini, kita selaku azhari harus ambil cakna. Tidakkah kita mengimpikan akan tertegakkanya bahasa Arab melalui lidah-lidah bangsa bukan Arab. Adakah kita lupa siapakah itu  ulama2 bahasa yg terkenal? Bukan kesemua mereka berbangsa Arab.


 Saya sekali lagi menyeru agar kita sama-sama berganding bahu bertutur bahasa Arab sesama kita azhari. Kemudian apabila kita pulang ke Malaysia, kita semai bahasa tersebut dikalangan keluarga terdekat kita.kemudian kita yang bakal bergelar ibubapa harus menjadikan BA antara bahasa utama selain bahasa Melayu itu sendiri. Mari sama-sama kita meramaikan generasi berbahasa Arab.Gunalah peluang yang ada di Bumi Anbiya' ini untuk memperkasakan bahasa Arab. Disini banyak wasilah yang kita ada dan mudah utk didapati berbanding apabila kita telah pulang nanti ke Malaysia. Jadilah pemula kearah memartabatakan bahasa Arab dikalangan umat ISLAM.


               
        اليد الواحدة لا تصفق 
والسلام......ي
                       

Saturday, June 12, 2010

Imtihan

 Alhamdulillah, imtihan semester ke-2 sudah hampir melabuhkan tirainya dengan berbaki 4 madah lagi. Secara keseluruhannya, perjalanan imtihan agak baik dengan waktu ditukar pada sebelah petang dari jam 2pm-5pm berbeza dengan semester 1.

Kepada rakan-rakan PMUI, semoga berjaya. Harapan ana agar persediaan untuk imtihan2 yang mendatang dapat dilakukan dengan lebih awal dan teratur. Sekadar nasihat untuk diri ini.

Wassalam.

Saturday, March 27, 2010

Balik Malaysia

Alhamdulillah, tahun ini ana berpeluang pulang ke Malaysia setelah lama meninggalkannya lebih kurang 1 tahun lebih.